PRESS ROOM

 
Utusan Malaysia newspaper (Malaysia)
12 August 2006

Berjaya Langkawi

Oleh MOHD.HAZLI HASSAN
[pelancongan@utusan.com.my]
Foto-foto dirakamkan menggunakan
kamera digital Olympus SP-350


MELANGKAH masuk ke chalet ata air Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa bagaikan terasa diri seolah-olah sudah dibelai manja.

Suasana nyaman, selesa dan dekorasi seni bina Melayu yang dipaparkan di chalet ini seolah-olah menggamit pengunjung untuk terus lena di dalamnya tanpa rasa jemu.

 
Sebanyak 23 chalet di atas air disediakan untuk pengunjung Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa dengan harga promosi RM888 seorang sehingga 31 Oktober ini

Chalet ulung atas air yang diwujudkan oleh Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa merupakan satu-satunya resort di pulau legenda ini yang berani memperkenalkan konsep pelancongan itu demi keselesaan dan keseronokan yang bakal dialami oleh pengunjung.

Menginap di dalam chalet berkenaan terasa seolah-olah anda sedang dibuai mimpi dengan deruan angin sepoi-sepoi bahasa selain hempasan ombak yang memecah di pantai seperti melagukan suasana romantik.

Kelengkapan yang disediakan amat mencukupi bagi mereka yang tidak ingin melakukan apa-apa dan hanya mahu berehat memerhatikan saujana menarik Laut Andaman.

Lebih menarik, pada hari-hari tertentu, pengunjung mampu melihat Pulau Taratau di Thailand dengan jelas yang pastinya merupakan pemandangan yang cukup indah.

Ini juga pasti akan lebih meriah jika kumpulan ikan lumba-lumba berlegar-legar di kawasan perairan chalet atas air berkenaan yang memberikan percutian bermakna untuk pengunjung.

Chalet atas air yang dibina dengan keluasan 56 meter persegi sudah cukup untuk membuatkan percutian pasangan atau seisi keluarga lebih selesa.

Pilihan antara katil bersaiz queen atau dua katil individu selain sofa katil yang disediakan sudah mencukupi untuk sebuah keluarga menikmati percutian menarik di Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.

Sebanyak 23 chalet ulung atas air disediakan menghala ke Laut Andaman di Teluk Burau membelakangi hutan hujan pulau legenda berkenaan yang penuh dengan pelbagai flora dan fauna menarik.

Selain itu, untuk memberikan kepuasan melihat pemandangan laut membiru, chalet ulung atas air Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa turut diyediakan anjung berehat dengan dua kerusi dek malas.

Kelengkapan di dalam chalet ulung itu pula pasti memuaskan hati pengunjung. Ia dilengkapi dengan televisyen 29 inci yang mempunyai pelbagai saluran menarik termasuk televisyen satelit.

Bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran dengan pilihan air panas dan sejuk selain tab mandi yang luas memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung tanpa mengganggu pasangan yang berada di ruang berehat.
Selain itu, semua kelengkapan hotel bertaraf lima bintang turut disediakan untuk keselesaan pengunjung menginap di chalet atas air berkenaan.

Resort Berjaya Langkawi beach dan Spa juga menyediakan buah-buahan tempatan bagi meraikan kedatangan pengunjung sebaik sahaja melangkah masuk ke chalet ini.

Ketika matahari berlabuh di ufuk barat yang boleh diperhatikan dari anjung berehat chalet berkenaan, bilik akan disiapkan untuk tidur malam selain dodol dan baulu sebagai pemanis mulut sebelum melelapkan mata.

Pengunjung yang menginap di chalet atas air ini akan dilayan sebagai VIP sebaik sahaja sampai ke lobi Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.

Anda akan dibawa untuk berehat sebelum mendaftar masuk. Pendaftaran akan dilakukan secara peribadi oleh eksekutif perhubungan pelanggan Berjaya Resort.

Malah, bagi yang berbulan madu, sarapan pagi boleh diatur untuk dinikmati di anjung berehat menghadap ke Laut Andaman.
Resort yang memenangi dua anugerah pada tahun 1998 itu sememangnya terkenal di kalangan pelancong asing kerana keaslian rekaaan chalet yang tidak mengganggu flora dan fauna di sekitar resort itu.

Dipenuhi dengan kehijauan di dalam kawasan seluas 28 hektar, Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa hanya terletak kira-kira 15 perjalanan dari Lapangan Terbang Langkawi, Padang Mat Sirat.

Bercuti di Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa tidak akan membosankan pengunjung kerana resort ini dipenuhi pelbagai keseronokan rekreasi yang boleh dilakukan termasuk jet ski, bot pisang, meluncur ombak, berjalan di dalam hutan, pelayan senja, melihat burung atau hanya meredamkan badan di dalam kolam renang yang disediakan.

Lebih menarik, pengurusan Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa juga menawarkan sesi memancing dari anjung berehat chalet ini bagi membolehkan pengunjung memperoleh keseronokan tersendiri.

Lebih bermakna, ikan yang diperoleh boleh dibawa ke mana-mana restoran Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa untuk dimasak.

Bagi membolehkan pengunjung domestik menikmati percutian indah di chalet ulung atas air ini, Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa akan memperkenalkan pakej khas promosi dengan harga yang menarik. Ia ditawarkan sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dengan hanya RM888 seorang (tertakluk kepada penginapan dua orang), pengunjung boleh menikmati pelbagai belaian VIP untuk bercuti di chalet ulung atas air Resort Berjaya Langkawi Beach dan Spa.

Berbanding harga RM2,000 seorang sebelum ini, pengunjung masihboleh menikmati belaian yang serupa dengan tambahan sampingan iaitu layanan spa.

Melalui pakej promosi permulaan ini, pengunjung akan turut dibelai di Ayura Spa untuk urutan aroma terapi secara percuma selama satu jam bagi mengembalikan kesegaran badan.

Melalui pakej promosi permulaan itu, pengunjung akan dapat menikmati suasana yang mengasyikkan bercuti di chalet tersebut selama dua malam.

Sarapan pagi juga disediakan di restoran eksklusif Pantai berhadapan dengan Teluk Burau bagi membolehkan pengunjung terutama pasangan berbulan madu menikmati pengalaman yang menyeronokkan.

Pengunjung juga akan berpeluang menikmati pengangkutan ulang alik secara percuma dari lapangan terbang selain selain minuman Selamat Datang sebelum mendaftar masuk.

Untuk tidak terlepas peluang ini, orang ramai boleh menghubungi pejabat penempahan resort ini di Kuala Lumpur menerusi talian 03-2145 2000, 03-2145 4107 atau talian tol percuma 1-800-88-3236.

Mereka juga boleh membuat penempahan dalam talian melalui laman web www.berjayahotels-resorts.com atau e-mel bhr@hr.berjaya.com.my atau resvn@b-langkawi.com.my.


DEKORASI bilik mandi juga pastinya menambahkan keceriaan kepada pengunjung.
 
Berehat di anjung menghadap Laut Andaman memberikan suasana romantis kepada pengunjung yang berbulan madu.


Copyright © 2006 Berjaya Hotels & Resorts