| |
| Utusan Malaysia newspaper (Malaysia) |
| 4 February 2006 |
Berjaya Tioman
terus beroperasi pada musim tengkujuh
Oleh MOHD.HAZLI HASSAN
[pelancongan@utusan.com.my]
Bagi kebanyakan pelancong, musim angin
Monsun Timur Laut yang melanda negara antara
Disember hingga Februari merupakan 'musim
cuti' bagi mereka untuk bercuti ke pulau-pulau
peranginan di Pantai Timur.
Amaran kejadian ombak besar dan angin kuat
sentiasa menghantui pelancong dan merupakan
antara penyebab mereka tidak mahu mengunjungi
pulau-pulau tersebut.
Antara pulau-pulau yang terlibat dengan
'perlanggaran' angin Monsun Timure Laut
ini termasuk Pulau Perhentian, Redang, Kapas
dan Tenggol di Terengganu; Pulau Tioman
di Pahang; Pulau Pemanggil dan Pulau Aur
di Johor.
|
|
|
|
|
RESORT
Berjaya Tioman Beach, Golf dan Spa
yang berkeluasan kira-kira 80 hektar
turut dilengkapi dengan pelbagai aktiviti
rekreasi.
|
|
OPERASI
Namun tiada siapa yang menyangka musim Monsun
Timur laut yang turut dikenali sebagai musim tengkujuh
oleh penduduk Pantai Timur itu ada waktu perantaraannya.
Ketika itu angin dan hujan akan berhenti dan ketika
itulah kebanyakan penduduk pulau-pulau di Laut
China Selatan akan keluar ke laut mencari ikan
atau ke Bandar untuk membeli keperluan harian.
Tetapi ekoran perubahan angin dan cuaca yang tidak
menentu sekarang, kebanyakan resort dan pusat
percutian meneruskan operasi mereka ketika musim
tengkujuh.
Bagi mereka sebarang bentuk aktiviti masih boleh
dijalankan oleh pengunjung dan jika keadaan tidak
mengizinkan, pengunjung masih boleh melakukan
pelbagai aktiviti di sekitar kawasan resort sahaja.
Dan yang paling menarik, ketika inilah resort
yang bertaraf lima bintang akan menawarkan harga
promosi yang paling murah untuk membolehkan pengunjung
bercuti dan melawat pulau peranginan tersebut.
Antara resort yang menawarkan khidmat percutian
sepanjang tahun tanpa menghentikan operasi ialah
Resort Berjaya Tioman Beach, Golf dan Spa.
Resort yang terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman,
Pahang ini merupakan satu-satunya resort bertaraf
antarabangsa di pulau berkenaan. Ia menawarkan
400 buah chalet bercirikan seni bina Minangkabau.
Selain chalet, Berjaya Tioman Beach, Golf dan
Spa turut menawarkan bilik-bilik suite berhawa
dingin yang bertaraf antarabangsa sebanyak 196
buah.
Kawasan resort seluas 80 hektar itu juga dilengkapi
dengan padang golf 18 lubang yang mampu menganjurkan
kejohanan bertaraf antarabangsa.
Pengunjung ke resort itu pasti tidak akan bosan
dengan pilihan 11 lokasi untuk menjamu selera
yang turut mempunyai pusat konvensyen yang mampu
memuatkan antara 20 hingga 400 pengunjung serta
enam buah bilik mesyuarat.
Itu bagi yang ingin mengadakan mesyuarat di Pulau
Tioman. Bagi yang ingin berlibur dan berekreasi,
Berjaya Tioman Beach, Golf dan Spa turut dilengkapi
dengan pelbagai permainan luar dan berasaskan
air bagi pelbagai peringkat umur.
Ini termasuk tiga kolam mandi, empat gelanggang
tenis, pusat selam skuba, meluncur angin, belayar,
memancing, snorkeling, kenu, bot dasar kaca, treking
hutan, bola tampar pantai dan melawat pulau-pulau.
Tidak puas dengan itu, pengunjung juga boleh mengaturkan
pelbagai bentuk permainan bagi kumpulan yang besar.
Selepas puas berekreasi kini tibalah masa untuk
pengunjung membelai tubuh di Ayura Spa.
Di spa itu, pelbagai pakej mampu meyegarkan pengunjung
turut disediakan dengan kaedah urutan tradisional
Melayu.
Jadi jangan sia-siakan percutian ketika monsun
melanda kerana Berjaya Tioman Beach, Golf dan
Spa pasti memberikan percutian unik pada musim
tengkujuh.
Lebih meyakinkan, kini orang ramai boleh menempah
tiket penerbangan Berjaya Air secara dalam talian
ke destinasi seperti Pulau Tioman, Pulau Redang,
Pulau Pangkor dan Koh Samui di Thailand. Anda
hanya perlu melayari laman web www.berjaya-air.com.
Untuk menempah pakej percutian di Berjaya Tioman
Beach, Golf dan Spa, orang ramai boleh menghubungi
03-2142 9611 dan 03-2145 4107 atau talian tol
percuma 1-800-88-3236. Anda juga boleh mengirim
e-mel kepada bhr@hr.berjaya.com.my
atau reserv@b-tioman.com.my.
Mereka juga boleh melawat laman web http://www.berjayahotels-resorts.com
|
|
|
KEMUDAHAN
penerbangan dari Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan
Lapangan Terbang Seletar di Singapura
terus ke Pulau Tioman memudahkan pengunjung.
|
|
|
|
|
|
SUASANA
bilik yang harmoni dan mendamaikan
menjadi pilihan pengunjung untuk ke
Resort Berjaya Tioman Beach, Golf
dan Spa.
|
|
|